[Reading] ➶ Katarak ➽ Fitri Hussin – Tshirtforums.co.uk

Katarak chapter 1 Katarak , meaning Katarak , genre Katarak , book cover Katarak , flies Katarak , Katarak a3d58ccd07ebf Suasana Universiti Yang Aman Damai Tiba Tiba Kucar Kacir Segala Galanya Jadi Kecoh Dan Heboh Seorang Demi Seorang Rebah Dengan Skandal Skandal Yang Menggegarkan Kampus Sehinggalah Salah Seorang Daripada Mereka Dibelasah Sehingga KomaSiri Kejadian Yang Menimpa Mereka Itu Amat Meragukan Ia Bukan Kebetulan Tetapi Dirancang Dengan Rapi Zamri Melakukan Penyiasatan Untuk Mencari Kebenaran Biarpun Berdepan Halangan Apa Yang Dia Temui Di Setiap Fasa Penyiasatan Itu Amat Mengejutkan Muslihat Apakah Ini Makin Disiasat, Masalah Itu Makin Berselirat


10 thoughts on “Katarak

  1. says:

    Kawan, kata ahli matematik perasaan itu hanya boleh diukur dengan satu nilai iaitu infiniti Kata ahli fizik, perasaan itu adalah pantulan mata yang dibiaskan ke dalam hati Kata tukang kebun, perasaan itu bagaikan pokok bunga Kata tukang cat, perasaan itu bagaikan cat merah Ia jelas kelihatan walaupun dari jauh Kawan, apakah perasaan itu Perasaan itu adalah cinta pg 239 Kata aku Perasaan cinta itu gila hahaha Oh, ya Ini memang bukan review PFull review 18 11 2013Pertamanya, ini bukan novel cinta Walaupun banyak je status status berunsur cinta yang aku naikkan di GR Keduanya, aku suka cover Nampak mengancam Dan aku hampir terpedaya kerana ingatkan ia kisah si penjenayah ala ala CSI.Tetapi rupanya tidak.Ya, ini bukan kisah jenayah yang memerlukan para CSI datang menyiasat Tertipu hahaha sungguh aku rela ditipu kalau ada cerita yang fresh sebegini.Ringkasnya, ini kisah 5 sekawan di universiti yang melalui hari hari biasa mereka sebagai pelajar Sepatutnya kisah mereka biasa biasa saja Tapi ada pelbagai insiden luar jangka yang berlaku Umpama efek domino, satu per satu kejadian yang menimpa seorang demi seorang Apakah puncanya Aku suka plotnya Pantas bergerak Buat aku laju menyelak halaman satu per satu, cuma kengkangan masa yang membantutkan proses pembacaan Aku juga suka gaya penceritaan penulis Macam cerita atas cerita yang mana penulis tetiba wujudkan watak adegan yang buat kita tertanya tanya Kemudiannya baru diterangkan dalam plot berikutnya Ala macam mana nak cerita hahaha Maaf, aku tak tahu nak explain wink Aku senang dengan tiap mood yang disuntik Ada nada serius, lawak dan cinta yang tak berlebihan Dan jujurnya, aku tak suka kisah politik Tapi dalam novel ni, ia diceritakan dengan baik sekali Walaupun hati meragui akan kewujudan kisah sebegini di alam universiti, tetapi penulis berjaya buat aku percaya Nak tanya, apa benarkah ia betul betul ada Menggunakan POV orang pertama sebagai naratif memang beri kelebihan tetapi sayangnya sebagai pembaca, kita hanya dibawa untuk meneroka satu watak, atau dalam erti kata lain kita sebenarnya hanya boleh melihat dari sudut pandang sang pencerita saja Rugi kan Sebab aku teringin tahu bagaimana rasa Azrul yang patah hati, apa perasaan Wadi yang dianiaya atau apa hebatnya Si Penguasa Ya, aku tahu Aku memang suka demand lebih hahahaSeperti biasa, kecacatan dikesan melalui aspek pengeditan Entahlah Banyak benar kesalahan ejaan yang menganggu kelancaran pembacaan hingga aku kena ulang baca ayat sebelumnya untuk pastikan apa sebenarnya perkataan itu Dan itu buat aku letih Begitu jua kekeliruan antara SBS dan BBS itulah nama singkatan yang hampir serupa.Seperti resensi saudara Helmi, ada beberapa insiden tidak dibongkar ke akar umbinya Apakah ia sengaja dibiarkan sebegitu kerana akan ada kesinambungannya Eh Eh hahaha hanya penulis ada jawapannya.Apa pun, wujudnya laman RT itu buat aku gigih mencari di pakcik google Hasilnya aku jumpa blog hitam yang kosong PerghhDan seperti aku bilang awal awal tadi, ini memang bukan naskhah cinta Ia kisah khianat Konspirasi Kena kerja keras menghadamnya, apa lagi ia dibayangi kisah politik Tapi, kalau rasa rasa nak telan sesuatu yang baru, apa kata cuba Tak perlu beli, pinjam la kat mana mana Jadi kalau tak berkenan, korang tak rugi apa apa pun Kan Politik di mana mana pun terpalit kotor pg 88 Sengih Smirk.


  2. says:

    Katarak mengisahkan 5 sekawan yang menjalinkan persahabatan di sebuah universiti Selain Fadhil,Zamri,Wadi,Azrul dan Anas sememangnya tinggal di dalam kolej kediaman yang sama dan bilik kediaman mereka berdekatan antara satu sama lain Zamri dan Wadi merupakan rakan sebilik Begitu juga dengan Azrul dan Anas Kelima limanya bersahabat rapat dan saling bekerjasama untuk membantu antara satu sama lain Bermula dengan cubaan mereka mendekatkan Azrul dengan Aireen gadis paling popular di universiti mereka menuntut sehinggalah membantu Wadi dan Fadhil memenangi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar MPP ,mereka menonjolkan semangat setiakawan yang tinggi dan saling bantu membantu sesama mereka Namun,malang mula menghantui mereka Bermula dengan Azrul,kemudiannya Anas Paling teruk,Wadi koma di hospital kerana cedera parah Zamri juga tidak terlepas menerima bahangnya Apakah sebenarnya yang berlaku Adakah wujud tangan ghaib yang cuba merosakkan keharmonian persahabatan antara 5 sahabat ini Dapatkan jawapannya dengan membaca novel ini dengan segera Apabila membaca novel ini,saya tersenyum sendiri Terima kasih kepada penulis novel ini, Fitri Hussin kerana telah berjaya membangkitkan kenangan saya ketika belajar di universiti dahulu Mungkin tidak segah dan se thrill apa yang dialami oleh Zamri dan kawan kawannya,namun,tetap berjaya membuatkan saya terkenang cebisan cebisan memori ketika menjadi seorang mahasiswa suatu ketika dahulu.Baiklah Kembali kepada novel ini Katarak merupakan sebuah novel thriller penyiasatan yang berlatarbelakangkan suasana di universiti berdasarkan pemahaman saya Novel ini menggunakan perspektif orang pertama di dalam penceritaan atau naratif novel Katarak ini Para pembaca menelusuri jalan cerita novel ini melalui kaca mata Zamri,seorang watak blogger di dalam Katarak Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu Tinggi,standard bahasa yang lazimya digunakan di dalam novel novel keluaran Alaf 21 Pembentukan dan pembangunan watak watak,terutamanya watak watak utama adalah baik dan dirangka dengan agak teliti oleh penulis Unsur unsur lain seperti humor dan cinta juga dipaparkan di dalam novel ini Saya berpendapat,unsur kelakar berjaya disampaikan dengan baik oleh penulis Lawaknya sangat berkesan dan berjaya membuatkan saya ketawa terbahak bahak Terutamanya,pada babak ketika beberapa watak cuba memikat Aireen,seorang watak perempuan yang menjadi wanita idaman ramai lelaki di universiti Kisah cintanya juga menarik dan sweet Terutamanya kisah percintaan antara Zamri dan Liya.Namun demikian,ada juga beberapa kelemahan yang saya kesan Terutamanya dari aspek mutu ejaan dan suntingan pengeditan Ianya mungkin nampak kecil,tapi,sedikit sebanyak menganggu kelancaran pembacaan saya Sebagai contoh,sila rujuk muka surat 526 Saya ingin mengutip sebahagian ayat di dalam perenggan yang pertama Mereka diserbu pasukan UTK lalu diberkas Tidak ada seorang pun daripada mereka yang diberkas polis Di dalam beberapa ayat,perkataan yang sepatutnya dieja garau dieja sebagai gurau Malah,ada beberapa perkara di dalam jalan cerita yang terus tergantung dan menjadi misteri,dibiarkan tidak dijawab oleh penulis Sebagai contoh, amaran spoiler apakah yang sebenarnya terjadi di restoran McDonald ketika Ikhwan dan Zakuan berserta dengan anggota anggota kumpulan masing masing bertemu dengan ketua kumpulan gelap Phoenix 666 Siapakah yang membunuh ketua kumpulan tersebut dengan orang orang bawahannya rujuk muka surat 247 248 Walaupun demikian,saya amat menyukai novel ini Sebuah novel yang bagus dan saya fikir penulis melakukan banyak kajian untuk menulis novel Katarak ini Disarankan membaca kepada mereka yang meminati novel yang bergenrekan investigative thriller Sekalung tahniah saya ucapkan kepada penulis Teruskan menulis kerana anda mempunyai gaya penulisan yang tersendiri dan menarik.


  3. says:

    Katarak.menceritakan tentang Aku dan rakan rakannyaAzrul, Wadi, Anas Fadhil yang sedang belajar di sebuah Universiti tempatan Aku merupakan bekas pelajar Hendry Gurney Azrul seorang penggondam yang hebat, Wadi si genius yang suka tidur, Anas pengarah filem pendek yang tersohor di youtube tetapi merahsiakan identitinya dan Fadhil pula seorang bakal peguam yang hebat berdebat.Apabila mengetahui Azrul meminati Aireen, gadis yang popular di kampus Mereka berlima menjayakan sebuah teater untuk memenangi hati Aireen Sekaligus mengenepikan pesaing Azrul iaitu Zakuan, Alif dan Arif.Namun, selepas Wadi dilantik sebagai Exco perwakilan pelajar MPP dan Fadhil dilantik sebagai Timbalan Presiden Satu persatu menimpa mereka berlima Azrul difitnah sehingga berpisah dengan Aireen Anas dituduh mencuri dan yang paling sadis Wadidituduh meniru dan dihukum gantung satu semesterWadi juga ditikam dan koma Azrul membawa diri ke US dan Fadhil tiba tiba menjauhkan diri Aku dan Anas merancang untuk membersihkan nama Wadi Tapi gagal kerana diberi amaran oleh pihak universiti Aku dan Anas tetap meneruskan rancangan membantu Wadi dengan menubuhkan geng Halimunan secara rahsia dengan dibantu beberapa rakan yang lain Mereka mendapati setiap kejadian yang berlaku itu seolah olah berkait dengan geng M101, sebuah kumpulan gangster Mereka diculik dan diugut Apabila menyedari ada gunting dalam lipatan Geng Halimunan mula berpecah dua Aku dan Anas mula bermusuhan.p s Nisa hampir hampir la nak tutup novel ni..dan nak baca novel lain sebab Nisa kurang berminat nak baca pasal politik nijadi bila sampai babak politik kampusNisa baca lompat lompat


  4. says:

    Tatkala membaca novel ini, mengingatkan zaman kolej aku di universitiwalaupun bukan orang penting seperti Wadi, tapi sedikit sebanyak ceritanya membuatkan aku mengimbau kenangan silamkehidupan seorang pemimpin politik kampus, masalah pendatang haram di kolej aku di panggil sebagai Ai Hong , kisah cinta persahabatan di masukkan dalam novel iniCover yang menarikmalahan setiap bab terdapat ilustrasi yg serupa dengan cover novelKisah yang di paparkan pun merupakan satu kelainan daripada novel2 yang aku baca sebelum iniperihal politik kampusAku tertanya2 juga wujudkah Tok Dalang seperti yang di gambarkan dalam novel inihmmmWalau bagaimanapun, novel ni di cacat cela dengan banyak juga kesalahan ejaanhilang mood membaca seketikamalahan terdapat banyak watak2 pembantu sampingan, sedikit menggelirukan pembaca seperti aku pada Bab 41 m s 448 boleh rujuk dialog , aku sedikit keliru dengan kewujudan Azrul secara tiba2, tapi penulis ada memperjelaskan kenapa Azrul balik ke tanah air pada Bab seterusnyaAku rasa ini memang trademark penulis kotpenerangan di lakukan selepas itucuma yang memushkilkan akuZamri belajar kos apa ye Fakulti mana Sebab terdapat penerangan yang jelas untuk sahabat2nyaNtahaku rasa macam ada sedikit lopong untuk jalan cerita ininovel ini masih boleh di layan bagi yang meminati genre thriller penyiasatanmalahan, ia turut membuatkan aku mencari novel prequelnya mengenai kehidupan Zamri di sekolah Henry Gurney dalam novel Aku Pertama Kau Kedua


  5. says:

    Dah lama tgk buku ni, baca sinopsis rasa mcm alah mcm buku cita budak2 Bila dah baca baru pk balik nyesal x baca awal2 ahaks x pasal2 ak jd pendengar lagu2 lama..


  6. says:

    Hmmmmm. Dok menung lepas habis baca novel ni Antara rekaan dan kebenaran, rasanya semua bersangkut paut pada mula pembacaan beranggapan, alahai kisah budak U ke. kisah kehidupan budak U yang tak lari dari kisah belajar, kisah cinta. tertarik dengan penyampaian perasaan cinta itu dapat bayangkan macam mana bentuk persembahan masa azrul mahu aireen menerima isi hatinya Kelakar gak dok pikir camni budak U Korang ingat nak bercinta cari pasangan jer ke Setel satu babak. Haa Mereka ni sahabat yang bermula di universiti. Azrul, si cerdik IT, Anas si pengarah berbakat, Wadi si pintar, Fadhil genius undang undang dan aku yang bernama zamri pada awal bukan sesiapa tetapi si blogger yang punya ramai pengikut bila apa saja yang berlaku di universiti, dia dapat menyampaikan perkara yang sebenar berlaku Haa Nampak tak watak utama yang didirikan oleh tuan penulis Fitri Hussin ni Semua punya kekuatan tersendiri. Tapi ada kelemahan. Mula mula, azrul tumbang dengan kisah cintanya Kemudian Anas dengan kes kecurian di asrama Seterusnya Wadi dengan kes meniru sewaktu peperiksaan Dan aku sendiri yang berlatarbelakangkan bekas pelajar sekolah juvana Haa. Plot penceritaan di garap dengan begitu kemas dan teliti sehingga buat rasa begitu teruja nak tau ehh. tadi kisah manis di universiti sekarang ni tiba tiba pulak ada masalah ya Dannn Eerrkkkkk.Waahhhh Besar kisah sebenarnya Ada komplot yang amat terancang rupanya Bermula selepas wadi dibelasah sehingga koma dan mereka beranggapan wadi tahu sesuatu yang berlaku di sebalik badan kepimpinan universiti itu Tuan penulis amat teliti dalam penyampaian yang melibatkan perkara sensitif, tidak bersifat tuju dan tidak bersifat membela sesiapa dan buat pembaca dok berfikir segala kemungkinan yang ada Tengok batapa penulis mahu pembaca gunakan sebanyak yang boleh kemampuan otak untuk menerima penceritaannya dalam masa yang sama buat pembaca berfikir dan terus berfikir Kisah makin jadi menarik bila rupanya ada pihak luar yang terlibat dalam badan kepimpinan Kisah huru hara dalam hubungan mereka yang pada asalnya akrab tapi terbakar hangus bila melibatkan perjuangan mereka yang tidak sehaluan. Ada pula yang jadi kayu api yang memarakkan rasa benci terhadap satu sama lain. Hilang perikemanusiaan, hilang setiakawan, hilang kejujuran, hilang keikhlasan Terukkan Bila muncul fitnah, bila kejujuran dalam setiakawan hancur lebur korang rasa apa yang akan berlaku Tahniah tuan penulis untuk novel yang amat menarik ini dah 3 tahun diterbitkan dan dah agak lama diperam. Hehe


  7. says:

    Sesuatu yang baru konspirasi yang besar. watak watak yang bagus penceritaan yang menarik..


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *